Sepanjang hidupnya, mengikut rekod, Hj Meon telah berkahwin sebanyak tiga kali dan dua daripada perkahwinannya berakhir dalam kematian isteri-isterinya.
Perkahwinan pertamanya adalah dengan Rami bt … Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Salamah, dimana setelah berkahwin masih menetap di Kampung Tanjung Ipoh, Kuala Pilah sehingga keakhir hayatnya. Salamah telah mendirikan rumahtangga bersama Abu b … dan mereka mempunyai lima orang anak yang mana tiga daripadanya masih hidup.
Selepas kematian isterinya yang pertama, Hj Meon berkahwin dengan Deramah bt Pakeh yang berasal dari Kg Sawah Lebar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan bersama mereka dikurniakan enam orang anak lagi. Malangnya isteri keduanya juga telah meninggal dunia.
Setelah kematian kedua-dua isterinya, hakikatnya Hj Meon terpaksa menjaga ketujuh-tujuh anak-anaknya seorang diri dan kerana itu beliau telah mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga.
Perkahwinan ketiga dan juga yang terakhirnya adalah dengan Safiah bt Mahbud yang berasal dari Kg Paku, Alor Gajah. Melaka. Sejurus selepas pernikahannya mereka dilangsungkan, Hj Meon telah membawa isterinya pulang ke Kg Sawah Lebar untuk tinggal bersama-sama anak-anaknya sehinggalah mereka dewasa.
Perkahwinan beliau dengan Safiah pula telah dikurniakan dengan sembilan anak yang mana tiga daripadanya telah dilahirkan di Kg Sawah Lebar.
Mereka terus menetap di Kg Sawah lebar sehinggalah perkahwinan anak perempuan-
perempuannya, Ramlah, telah selamat dilangsungkan. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk berpindah pulang ke kampung halaman isteri ketiganya iaitu di Kg Paku, Alor Gajah, Melaka bersama isteri dan anak-anak mereka.
Hj Meon telah terus menetap di Kg Paku sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika umurnya telah mengjangkau 89 tahun pada tahun 1984.
Kini 11 daripada 15 orang anak-anak Hj Meon masih hidup dan telah merantau dan menetap di beberapa tempat di seluruh Malaysia.
Setelah pemergian Hj Meon ke rahmatullah pada tahun 1984, keluarga kami telah beransur renggang atas kesibukan tugas ataupun mengejar karier masing-masing. Oleh itu adalah tanggungjawab kami sebagai keturunan Keluarga Hj Meon menggekalkan kesejahteraan, keakraban dan juga mempertahankan maruah keluarga sebaik mungkin.
Kitaran hidup dan mati dalam ahli keluarga kami banyak telah berlaku dan tanpa disedari perhubungan kami sekeluarga mula renggang dan ada juga terputus. Kerana ini tidak hairanlah orang tua-tua kami mula tidak dapat menggenali anak-anak dari generasi muda dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, demi kebaikan generasi muda dan juga generasi-generasi yang akan datang, ia adalah satu tanggungjawab kami tampil kehadapan dan menggekalkan keakraban kekeluargaan demi masa depan mereka. Memandangkan informasi yang terkumpul adalah amat terhad dan juga peringatan orang tua-tua mula makin kabur, ia harus dimulakan semula serta-merta demi keturunan keluarga Hj Meon b Samad.
Wednesday, April 1, 2009
Selamat datang ke laman Blog & Web Keluarga Hj Meon
Setelah kian lama kami sekeluarga tidak saling bertemu dan bertanya khabar atas sebab-sebab kesibukan tugas dan kerjaya masing-masing. Dinihari dalam dunia IT ini dan atas permintaan anak-anak Hj Meon, laman web ini diwujudkan bagi pengganti penyampai berita atau saling merisik khabar perkembangan dalam kehidupan ahli keluarga keturunan Arwah Hj Meon walau dimana jua mereka berada.Kami harap dengan adanya laman web ini kami sekeluarga akan dapat merisik berita perkembangan kehidupan masing-masing dan juga dapat lebih mengeratkan lagi pertalian silatulrahim kami sekeluarga.
Anak-Anak Cemerlang Keluarga Haji Meon 2009
Majlis Penyampaian Hadiah anak-anak cemerlang keluarga Hj. Meon akan diadakan pada 5 April 2009, Jam 4 petang dirumah Faniah Ishak yg beralamat 383 Jalan B10, Taman Melawati, KL.
Harap semua keluarga hjmeon dapat menghadirkan diri, sila letak kereta di sub-stn TNB sebelah padang SM Taman Melawati.. harap maklum
Harap semua keluarga hjmeon dapat menghadirkan diri, sila letak kereta di sub-stn TNB sebelah padang SM Taman Melawati.. harap maklum
Subscribe to:
Posts (Atom)